Tuesday, January 21, 2014

Demam Kuning Pada Kucing

Jaundis (Jaundice) atau demam kuning memang biasa berlaku pada kucing. Ada juga diistilah sebagai icterus dalam bahasa omputeh. Demam kuning adalah satu keadaan di mana wujudnya atau hadirnya warna kekuningan pada bahagian badan disebabkan peningkatan kandungan bilirubin dalam darah.

Keadaan ini (jaundis) diklasifikasikan sebagai tidak normal pada kucing. Tanda klinikal yang biasa dan mudah dilihat ialah wujud kekuningan pada putih mata, kekuningan pada gusi, pada kulit dan juga dibahagian bawah cuping telinga. 

Selalu berlaku - demam, kucing tak makan, gusi pucat atau sedikit kekuningan, air liur meleleh, berak cair dan adakala bercampur darah, muntah dan kurang air dalam badan (dehydrated). Kucing ni boleh tak makan atau hilang selera untuk satu jangkamasa yang lama. Adakala kita 'paksa makan' (force feeding) kucing tu. Dan mengikut pengalaman saya, sekiranya kucing dah boleh makan sendiri dan dah ada selera, demam kuning tu dah kira 'kebah' atau dah beransur sembuh. Warna kekuningan pada kulit tadi akan beransur2 hilang dengan sendirinya.

Penyebab kepada jaundis ni diklasifikasikan atau dibahagikan kepada 3;

1. Prehepatik (prehepatic) - merujuk kepada masalah yang wujud sebelum darah tiba ke hati seperti sel darah merah musnah atau pecah. Selalunya disebabkan oleh:

  • Parasit darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
  • ubat-ubatan
  • reaksi selepas pemindahan darah
  • immune-mediated haemolytic anaemia
  • cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
  • rendah paras fosfat dalam darah

2. Hepatik (hepatic) - masalah pada hati itu sendiri (kegagalan hati menjalankan fungsinya)

  • Penyusupan lemak pada hati (hepatic lipidosis)
  • hepatitis, cholangitis,  cholangiohepatitis
  • Toxin atau keracunan oleh logam berat dan sesetngah racun serangga untuk membasmi parasit luaran.
  • Ubat-ubatan seperti diazepam, griseofulvin, acetaminophen
  • Kanser hati
  • Cirrhosis - keadaan bilamana hati telah rosak teruk
  • Penyakit disebabkan oleh virus, bakteria dan protozoa


3. Post hepatik

  • Jangkitan pada pankreas
  • Masalah pada pundi hempedu - tersumbat, batu hempedu
  • Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang

Akan tetapi, berdasarkan pengalaman saya.... kemarin kucing saya baru terkena penyakit ini seluruh badannya kuning, dan tak mau makan. tapi setelah saya searching2 dan saya coba ternyata kucin saya berangsur angsur membaik. mudah saja tinggal cekok in aja si kucing pakai kuning telur yang direbus setengah matang. kalo g mau paksa aja terus si kucing buat makan tu kuning telur insyaallah sembuh.......
hehehehe ni dia potret si manis saya udah sehat :')